cara nak hilangkan pepijat .



saya rasa dah ramai yg tahu bahawa pepijat ni memang mengelikan , haiwan ni selalunya akan hidup di tempat gelap & dia akan menghisap darah manusia sebagai makanan dorang .

Punca utama pepijat(BED BUGS) ada di rumah anda:-

  1. Membeli perabot second hand 
  2. Datang dari asrama anak , hotel murah atau homestay .
  3. Tilam kotor .(peluh & busuk )
  4. Rumah bersepah .
Pepijat ni suka tempat kotor dan busuk .Tempat-tempat macam ni yg menjadi kesukaan dorang .Rumah saya ada pepijat ni datang dari asrama sekolah anak sedara .Mula-mula ingatkan nyamuklah yg gigit saya sampai bintik-bintik merah banyak kt tangan .Jadi saya pun bakarlah coil nyamuk saya lebih sukakan coil dari spray sebab rasa macam lebih berbaloi tapi tulah bau dia melekat pulak dekat baju semua,menyampah gak kadang-kadang .

Jadi selepas dah beberapa hari barulah perasan yg gigit saya bukan nyamuk tapi si pepijat ni ...haishhh!!

saya cari macam-macam nak hilangkan dorang ni .
saya ada cuba petua orang dulu-dulu dengan letak daun durian belanda still tak mnjadi.saya ada beli ubat pepijat di farmasi (AniLin)jenama dia tk ingat pulak berapa ringgit ,pun tk jalan juga ,kemudian mak ada masak nasi lemak lepastu ada baki daun pandan saya pun ambilah letak dekat setiap penjuru tilam ,Alhamdulilah beberapa hari tu tk kena gigit .
lepastu dah malas nk letak ..saya geram saya angkat tilam konon nak bunuh la guna tangan dengan picit-picit dia ,tapi satu apa pun tkdak .


Lepas setengah bulan struggle dengan si pepijat ni akhirnya saya jumpa juga ubat yg dapat membunuh natang ni .


tadaaaaa ! ha SERAI WANGI ni lah yg bantu saya kurangkan pepijat dekat tilam saya .Serai wangi ni datang dengan 2 jenis satu penyembur & lagi satu cecair .Saya guna yg cecair .Harga dia dalam RM 10 macam tulah .
cara nak guna serai wangi ni :-

  • Ambil penyembur yg kosong ,isikan separuh atau suku botol dengan serai wangi .
  • Tambahkan dengan air paip 
  • Sembur dekat seluruh tilam ..
  • kalau boleh biar dia basah kuyup 
  • Sembur juga dekat tempat yg anda selalu jumpa pepijat atau tempat membiak dia .
Insha allah kalau rajin sembur hilanglah pepijat ni .Pastikan rumah selau bersih ,selalulah terbalikan tilam dan jemur di bawah matahari supaya bau peluh tu hilang tk pun guna la spray yg boleh mewangikan .INGAT! pijat suka tempat busuk .

Sekian ,terima kasih !




Comments