cara nak hilangkan pepijat .

saya rasa dah ramai yg tahu bahawa pepijat ni memang mengelikan , haiwan ni selalunya akan hidup di tempat gelap & dia akan menghisap darah manusia sebagai makanan dorang . Punca utama pepijat(BED BUGS) ada di rumah anda:- Membeli perabot second hand Datang dari asrama anak , hotel murah atau homestay . Tilam kotor .(peluh & busuk ) Rumah bersepah . Pepijat ni suka tempat kotor dan busuk .Tempat-tempat macam ni yg menjadi kesukaan dorang .Rumah saya ada pepijat ni datang dari asrama sekolah anak sedara .Mula-mula ingatkan nyamuklah yg gigit saya sampai bintik-bintik merah banyak kt tangan .Jadi saya pun bakarlah coil nyamuk saya lebih sukakan coil dari spray sebab rasa macam lebih berbaloi tapi tulah bau dia melekat pulak dekat baju semua,menyampah gak kadang-kadang . Jadi selepas dah beberapa hari barulah perasan yg gigit saya bukan nyamuk tapi si pepijat ni ...haishhh!! saya cari macam-macam nak hilangkan dorang ni . saya ada cuba petua orang dulu-dulu...